'sini negara orang melayu, kalau tak suka, sila keluar dari sini. Kita sudah lama menahan, kamu lebih baih hormat sikit'. Kata dari seorang polis?
'这是马来人的国家,如果你不喜欢,就离开这里。我们已经忍了很久,你最好放尊重一点’
Sila rujuk berita sini terhadap kata di atas:
http://www.malaysiakini.com/news/110525
Menurut apa yang diberitahu di dalam berita ini, sebagai rakyat Malaysia kamu boleh percaya kata-kata ini dikeluarkan dari seorang polis terhadap rakyat Malaysia?
Apa negara ini? Hendakkah kita main isu-isu perkauman? UMNO macam ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pun sama. Adakah semua orang Melayu benci terhadap orang bukan Melayu? Adakah orang bukan Melayu ada salah di negara ini?
Saya sebagai rakyat biasa, memang tidak tahu wakil-wakil rakyat kita macam mana fikir. Asyik mainkan isu perkauman. Mungkin orang Melayu kata orang bukan Melayu cari pasal. Tapi sebenarnya siapa sedang main isu perkauman semua rakyat sendiri tahu. Tapi siapa nak hentikan semua ini?
Mungkin ada sesetengah pihak kata rakyat bukan melayu hanya minoriti, tapi betulkah negara kita Malaysia hanya sikit orang bukan melayu sampai pihak-pihak tertentu nak mencabar orang bukan melayu? Hanya orang cina malaysia sudah ada lebih kurang 6juta orang. kalau negara kita ada 20juta orang, orang bukan melayu kita bagi hanya 45%,maka keseluruhan orang bukan melayu ada kira-kira 9juta orang. 9 juta orang kurangkeh? Kenapa wakil rakyat dari UMNO asyik nak kata mereka nak mempertahankan orang melayu. Macam ini 9 juta rakyat Malaysia tak payah jaga?
Orang Melayu akan marah kalau orang bukan melayu kata mereka, sebaliknya orang bukan melayu pun ada perasaan juga. Kita sama-sama manusia, kita tahu marah juga. Kalau nak orang lain menghormati kamu, kita sendirilah mesti menghormat orang lain terlebih dahulu.
Dicman sini bukan nak membangkitkan sesiapa untuk mempertahankan mana-mana kaum. Dicman hanya pelik kenapa negara kita sebagai negara yang unik kenapa hari boleh jadi macam ini. Kami benci sesama sendiri. Adakah ini baik?
Di luar H1N1 di merata-rata, adakah kamu ingat penyakit ini hanya dijangkiti sesetangah kaum? Tidak. Penyakit adalah hadiah dari tuhan, sesiapa pun akan kena penyakit ini. Sekarang tiap-tiap hari ada rakyat Malaysia mati, tapi apa tindakan kerajaan untuk mempertahankan nyawa kita? Mereka sekarang semua hanya tahu macam mana nak mempertahankan tempat yang mereka duduk sekarang.
Kita di negara ini sudah hidup aman begitu lama, Dicman tak percaya orang melayu suka hidup dalam keadaan yang huru-hara. Orang bukan melayu juga tak suka. Kenapa tiap-tiap hari Malaysia semakin menghara menjadi negara yang tidak aman? Adakah ini dasar satu Malaysia yang dibangkitkan oleh PM kita?
Harap maaf dengan bahasa Melayu saya. Kalau kata-kata di atas ada membuat kamu marah, saya minta maaf dulu.
keismpulan saya nak sampaikan ialah, kalau kita nak orang lain hormat kita, kita sendiri mestilah hormat orang lain terlebih dahulu. Pagawai-pegawai kerajaan janganlah tiap-tiap kali kata nak harau orang cina keluar. Kamu tiada hak menghalau orang bukan melayu sebab ini juga negara mereka. Sekarang negara ini bukan nama negara Melayu. Sekarang negara ini namanya Malaysia. Malaysia adalah negara pelbagai kaum. Kalau kamu tak suka Malaysia, maka pergi dewan undangan negara dan cuba tukar negara Malaysia pergi negara Melayu. Kalau betul-betul kamu dapat tukar nama, maka orang bukan melayu di Malaysia barulah kamu boleh halau. Kalau tidak tahu sejarah dan undang-undang di negara Malaysia, baik kurang cakap sikit. Cakap banyak salah banyak.
Dicman tahu bukan semua orang melayu suka memainkan isu perkauman. Dicman juga ada kawan melayu, kita sama-sama kerja, sama-sama kertawa. Saya harap pihak-pihak yang tak pandai sila jangan mainkan isu perkauman. Kita orang Malaysia tahu apa betul dan apa yang tak patut dilakukan.
sekarang musuh kita bukan rakyat Malaysia. Sekarang musuh kita adalah penyakit H1N1, kes jenayah dan berbagai-bagai ancaman yang mengancami nyawa kita. Adakah pihak berkuasa nampak masalah ini? Sampai sekarang meraka masih sibuk tempat duduk meraka di dewan-dewan.
okla, jangan kata lagilah. Dicman tak nak bermusuh dengan sesiapa pun. harap kamu pun sama.
Read more/继续阅读...